Kehidupan awal Diego Maradona

Diego Armando Maradona lahir di Villa Fiorito, sebuah kawasan melarat di pinggir selatan kota Buenos Aires,[5] dalam sebuah keluarga miskin yang berpindah dari wilayah Corrientes. Beliau merupakan anak lelaki pertama selepas tiga anak perempuan. Beliau ada dua orang adik lelaki, iaitu Hugo (el Turco) dan Eduardo (Lalo), kedua-duanya juga pemain bola sepak profesional.

Ketika berusia 11 tahun, Maradona diundang oleh seorang pencari bakat sewaktu bermain di kelab setempatnya, Estrella Roja (Bintang Merah). Beliau menjadi bintang utama pasukan Los Cebollitas (Bawang Kecil), pasukan junior Argentinos Juniors Buenos Aires. Pada usia 12 tahun, beliau mengagumkan penonton dengan menunjuk-nunjukkan kepintaran bermain bola ketika waktu rehat separuh masa perlawanan divisi pertama.[6]

Rujukan

WikiPedia: Diego Maradona http://www.espantalagata.com.ar/ http://www.homenajeal10.com.ar/ http://www.meduermo.com.ar/thumbnails.php?album=11... http://worldsoccer.about.com/od/soccerhistory/p/di... http://euro2008-blog.blogspot.com/2008/05/diego-ma... http://www.ole.clarin.com/notas/2007/04/26/0140724... http://www.clarin.com/diario/2005/06/03/espectacul... http://www.clarin.com/diario/2005/06/19/sociedad/s... http://edition.cnn.com/2009/SPORT/football/10/14/f... http://sportsillustrated.cnn.com/2005/writers/mark...